Salam perpisahan

Friday, December 12, 2008


Y. Bhg. Tan Sri/ Dato/ Datin/ Dr./ Tuan/Puan warga JPA yang dihormati.

Dengan segala hormatnya saya ingin menyampaikan salam perpisahan kepada semua warga JPA dan BPM yang dikasihi sekalian. Untuk makluman, saya akan bertukar semula ke Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia pada minggu hadapan iaitu 15 Disember 2008 (Isnin).

Walaupun hanya sebulan saya berada di JPA, saya berasa sungguh bertuah dan berbangga dapat menaburkan khidmat bakti di sini. Banyak pengalaman baru yang telah saya perolehi dan insyaallah akan saya aplikasikan di jabatan lama saya. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga JPA dan BPM khususnya di atas segala tunjuk ajar dan pengalaman yang dicurahkan sepanjang saya berada di sini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Puan Mazni selaku Ketua Sektor Integrasi, En Azwan, Cik Norshida dan seluruh kakitangan Sektor Integrasi di atas bimbingan, layanan dan tunjuk ajar yang diberikan. Segala kenangan bersama kalian akan saya abadikan .

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada tuan/puan sekiranya terdapat salah dan silap saya semasa berkhidmat di JPA. Mohon juga dihalalkan makan dan minum saya sepanjang saya berada di sini.

Mudah-mudahan kita bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Hi friends,
Please leave somecomments on any topic that i discussed. I will certainly reply and blogwalking to your blog. Thank you very much

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP