Registration for KL City Run and Towerthon

Sunday, February 15, 2009

Sekarang dah masuk bulan Februari tapi sepanjang Januari 2009, tak der satu race pun yang aku masuk. Disebabkan takder race, kadang-kadang boleh menyebabkan aku takder motivasi untuk melarikan diri . Opps! takder motivasi untuk berlari. Hajat di hati memanglah nak race di GE 30 K masa bulan Januari tu, tapi satu haper pun tak prepare untuk long run. Pecah lutut woo kalo tak train. Sepanjang Disember, aku train utk leisure jogging sajer sekitar area Bandar Seri Putra. Berlari-lari anak sahaja bak cakap orang tua-tua walaupun aku takder anak lagi kecuali anak tekak.



So semalam,aku ambil keputusan untuk register KL City Run dan Menara KL Towerthon. Maksudnya, dah 3 race aku register untuk tahun ni, lain-lain race bakal menyusul. Aku ajak Sue sekali untuk temankan aku register kat Wisma OCM KL. Masuk ni memang dah banyak kali aku register kat sini cuma lepas register aku nak ajak Sue jalan-jalan kat KLCC dengan public transport. Disebabkan aku ni agak "buta" berkenaan public transportation yang ada kat KL ni, so memang sesuailah Sue ikut aku. It is like the whole map of Putra, Star, LRT, MRT, KTM map is imprinted directly in her head. You can put her anywhere and she won't get lost. Aku pulak ada publitranphobia disebabkan aku pernah tersesat salah naik LRT. Tapi kalo ada peta kat tangan aku, korang buat lah kenduri kahwin kat mana, takder sesat nya.



So, dari Bdr Seri Putra, kitorang park kereta kat Bukit Jalil then naik Putra LRT terus ke Plaza Rakyat. Terpaksalah kitorang menapak di tengah-tengah panas terik matahari tu ke Wisma OCM, lega dah dapat air con kat lobi. Yang bestnya walaupun di borang kata yuran pendaftaran RM 10 tapi aku bayar RM 5 sajer but the saddest part is , tak der t-shirt untuk race ni. Nampaknya acara-acara larian di Malaysia ni dah mula kena tempias economic recession. Actually aku tak nampak pun potensi untuk aku dapat medal dalam race ni, cuma sajer jer join race sebab nak kejutkan muscle-muscle kat badan aku ni yang dah lama tak kena kejutan suasana race dan insyaallah boleh prepare untuk marathon and half marathon nanti. Selain tu, boleh jugak jumpa other runners. I really admire other runners who train hard despite they also have their 9 to 5 job. Masa nak register tu, dapatlah aku jumpa akak dari Smovers team. Tapi aku agak segan nak tegur. Pernah jugak terserempak dengan team diorang masa lari KLIM 2008 dan Air Force Run. Aktif jugak team Smovers ni walaupun title diorang Smovers short for Slow Movers.

So, next week I have to take the bib numbers for KL City Run. Lagi senang kalo FTAAA bagi time registration jer, tak yah aku nak menapak lagi.

Lepas register, both of us went to see KLCC, have some lunch there, watch movies and went home around 8 pm. Thanx Baby sebab teman kan ayang.

0 comments:

Post a Comment

Hi friends,
Please leave somecomments on any topic that i discussed. I will certainly reply and blogwalking to your blog. Thank you very much

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP