Laporan Perlumbaan: SCKLM 2009. Category 21 KM (Half Marathon)

Monday, June 29, 2009

Map

Back

Front


Running Vest

Nike Air Triax 11
Beg memang cun!


Pada jam 6.00 pagi, kandang race untuk Half Marathon pun dibuka dan berduyun-duyun la runners (around 2800) masuk sambil menunggu Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Raja Nong Chik melepaskan tembakan memulakan acara. Kategori kami agak bernasib baik kerana hujan dah pun berhenti so suasana memang best untuk berlari. Kami memulakan larian pada jam 6.15 pagi, betul-betul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad bertentang dengan jam besar dan menghala ke Bangunan Keratapi Lama KL melalui Jalan Mahameru.

Bila start jer race, aku dah tau yang race kali ni mesti teruk sebab badan aku rasa berat dan tak boleh nak speed walaupun perut dan pundi kencing aku perfect tanpa terasa apa-apa. Aku try nak speed tapi orang belakang still menyayurkan aku. Oleh kerana tak boleh buat apa-apa, aku maintain pace aku sampaila bertembung dengan runners dari Full Marathon di Jalan Imbi. Sampai ke jalan ni, aku dah lost direction sebab Mile Markers kat tepi jalan semuanya adalah untuk Full Marathon. Aku yang Half Marathon ni tak tau berapa jauh lagi tinggal untuk larian Half. Aku agak meragui dengan Mile Markers yang dipamerkan. Tahap bingung aku sampai ke kemuncak bila tiba di Jalan Sultan Salahudin di depan Bank Negara kerana aku ingatkan race untuk Half akan tamat sejurus sahaja selepas tu, tapi tak sangka pulak kena buat pusingan di Jalan Semarang.(Actually dalam peta yang diberikan memang dinyatakan tapi bila lari, mana ada orang bukak peta jalan). Aku pulak tersilap dan terus memecut untuk kegarisan penamat yang aku sangkakan beberapa meter sahaja lagi. Disebabkan tenaga aku dah memang out, so aku hanya berjalan selepas melepasi Jalan Semarang dan hanya beberapa meter nak sampai Finish Line baru la aku start lari semula, itu pun sebab ramai orang kat kiri dan kanan jalan. Malu la kalau jalan jer.

Kesimpulannya, untuk KL Marathon 2009, aku berlari dalam keadaan aku tiada masalah perut meragam dan feeling nak terkucil. Cuma masalah utama adalah berat badan yang bertambah dan kurang latihan. Dari segi penganjuran pulak ada pros and cons. Tapi tu dalam next posting pulak..To all the runners, congratulations to you all.

0 comments:

Post a Comment

Hi friends,
Please leave somecomments on any topic that i discussed. I will certainly reply and blogwalking to your blog. Thank you very much

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP