Laporan Perlumbaan: SCKLM 2009. Category 21 KM (Half Marathon)

Monday, June 29, 2009

Honestly, memang aku tak prepare sangat untuk SCKLM tahun ini kerana terpaksa melaksanakan tugasan mendesak di seluruh negara. Aku telah dilantik sebagai panel temuduga pegawai-pegawai kerajaan untuk Gred F41 dan perlu menemuduga calon-calon F41 di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka di lokasi negeri masing-masing selama sebulan, dan selama itulah juga aku tak sempat nak berlatih.

Hari sebelum SCKLM bermula, sepupu isteri aku buat majlis kahwin di Dewan Merak Seri Kayangan Felda dan semua keluarga sebelah isteri aku bermalam di rumah di aku. Lepas layan diorang semua, around pukul 11.30 malam aku terus naik ke bilik untuk tidur..Pukul 2.30 pagi aku terjaga sebab tiga orang anak sedara aku yang semuanya still baby melalak nak susu.

Aku bangun dari katil dan terus mandi. Lepas mandi, aku pasang bib kat baju aku dan turun ke dapur untuk makan dua biji pisang dan segelas air 100 plus. Lepas wish bini aku yang still mamai, aku pun bertolak pada jam 3.30 pagi dari Bandar Seri Putra ke KL. Aku tiba di Padang Merbok around jam 4.15 pagi.Aku tengok dah ramai jugak orang sampai di situ. Aku kemudian bergerak slow-slow ke Padang Merdeka semata-mata nak menjimatkan tenaga. Kalau aku berlari untuk warm up, rasanya masih lama lagi sebelum race Half Marathon start, so by the time nak start badan aku dah sejuk semula.

Tiba di Dataran Merdeka, aku melunaskan segala hajat yang terpendam di sebuah public toilet berhampiran Perpustakaan Dewan Bandaraya. Sambil menunggu race Half Marathon dimulakan, aku menjadi penonton untuk acara Full Marathon yang dimulakan tepat jam 5.00 pagi. Kesian jugak kat peserta Full sebab start race dalam hujan. Kalau lari sambil bawak payung, apa pulak kata orang..sambil tu, aku usha juga orang yang bawak belon berwarna sambil berlari sabab yang bawak belon tu adalah pacer untuk masa larian 2 jam, 3 jam, 4 jam, 5 jam dan 6 jam tapi sorang pun aku tak nampak.

Panjang sangat la pulak posting ni..aku sambung next time ok

0 comments:

Post a Comment

Hi friends,
Please leave somecomments on any topic that i discussed. I will certainly reply and blogwalking to your blog. Thank you very much

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP