Clamwin : OSS Antivirus terbaik (Pendapat saya)

Sunday, January 31, 2010


Ok, cukup setakat ini dengan blog saya dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, Google Adsense pun telah approve blog saya dan boleh la selepas ini saya meletakkan iklan-iklan Adsense di dalam blog saya. Harap-harap naiklah sedikit jumlah visitors dalam blog saya ini. Buat masa ini, saya tidak menetapkan sebarang tema untuk blog ini. Tetapi buat permulaan, saya ingin berkongsi idea dan pendapat dengan anda semua mengenai perkara yang amat saya gemari dan dekat di hati serta berkaitan dengan pekerjaan saya iaitu Teknologi Maklumat atau IT secara ringkasnya

Baru-baru ini saya terpaksa format semula notebook yang sedang saya gunakan kerana terlalu banyak perkongsian fail-fail dengan menggunakan pendrive sebelum ini. Sebelum ini, saya menggunakan perisian antivirus berbayar , namun begitu disebabkan kegawatan ekonomi dunia (walaupun tiada kaitan sangat dengan saya) dan ingin memajukan industri OSS dunia, saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan perisian antivirus Clamwin. Diantara kelebihan antivrus Clamwin yang ingin saya utarakan di sini adalah :

1. Ianya adalah completely percuma.
2. Virus pattern sentiasa diupdate setiap hari.
3. Virus definition boleh diupdate secara automatik atau secara manual
4. Hampir kesemua virus yang terdpaat di pendrive rakan-rakan saya telah berjaya saya capture dan bersihkan.

Apa yang penting disini adalah perisian ini dicipta oleh orang kebanyakan seperti kita yang mempunyai kemahiran dan ingin menggunakan sepenuhnya capabilities antivirus dan bukannya segolongan orang yang menjual antivirus dan pada masa yang sama menanamkan rasa kerisauan kepada kita berkenaan masalah virus.

Sila lawati halaman web Clamwin untuk muat turun perisian tersebut

0 comments:

Post a Comment

Hi friends,
Please leave somecomments on any topic that i discussed. I will certainly reply and blogwalking to your blog. Thank you very much

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP