Adakah aku dapat menghabiskan larian 21 KM?

Tuesday, February 2, 2010

Pada penghujung minggu ini akan tibalah saat dan ketikanya dimana burung-burung akan berhenti berkicauan,bakal terhentilah seketika nyanyian girang unggas di waktu senja. Mentari bakal melabuhkan tirai tenggelam di ufuk timur menandakan tibalah masanya untuk umat manusia berehat setelah lelah mencari rezeki. Bulan dan bintang tersenyum mengambil alih tugas si mentari. Aku bakal terkesima kerana inilah pertama kalinya aku akan berlumba Half Marathon 21KM di waktu malam .

Aku menggaru kepala hingga gugur sekian rambut di kepala..biarkan saja fikir aku, esok ia bakal tumbuh kembali. Insyaallah. Sungguh pantas masa berlalu.Antara sedar atau tidak sudah 3 minggu aku berada di Intan Bukit Kiara dalam persediaan ku untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke menara gading atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sepanjang 3 minggu ini, aku leka seketika dalam mengejar ilmu sehingga persiapan ku untuk larian ini terabai. Seingat aku, sepanjang 3 minggu ini, latihan yang aku buat hanyalah memanjat tangga Intan untuk makan tengahari dan skipping di waktu malam.

Aku memulakan latihan aku petang tadi kerana sempat pulang awal dari Intan. Alhamdullillah, jalan tidak jem dan kenderaan bergerak lancar dari Bukit Jalil hingga ke Bandar Seri Putra. Setalah solat Asar, aku menyarung kasut Nike Triax yang tidak pernah mengecewakan. Amat lembut dan ringan apabila berlari numun mampu menampung berat badan aku yang semakin memberat. Aku memulakan larian pada jam 5.30 petang. Mentari amat mencemburui aku. Panahanya membakar kulit dan muka aku terasa kebas. Setelah satu jam berlari,aku mengambil keputusan untuk berlatih di kawasan berbukit untuk menguji pula ketahanan paru-paru aku menyedut udara. Aku hampir gagal. Nampaknya aku memerlukan semangat baru supaya aku dapat meneruskan niat  untuk berlari 21KM di hujung minggu ini

0 comments:

Post a Comment

Hi friends,
Please leave somecomments on any topic that i discussed. I will certainly reply and blogwalking to your blog. Thank you very much

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP